Muzium Felda Lurah Bilut

Rancangan pembangunan tanah Felda bermula di Felda Lurah Bilut pada 1958.

Muzium Felda itu sebelum ini ialah pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958. Muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional itu mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan Felda sejak penubuhannya pada 1958.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor.